*STOP DREAMING AND WAKE UP#SOWT SOWT BERSAMA SI PENCINTA ANIME#ANIME ANIME ANIME#LIKE LIKE LIKE*SAYA HIDUP DIDALAM DUNIA YANG PENUH DENGAN ANIME o(>w<)o

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Rabu, 13 Februari 2013

Cerita pendek :D

Assalamualaikum .


Lamanya aku ndak buat entry baruuuu . Suprise !


Nampak Kakashi tengah baca buku tu ?
Begitulah keadaan aku ..
Tiga , dua menjak ni . Study Hard . Ahahaha .


Bermula kisah disuatu hari . 
Harinya terletak pada hari Sabtu , hari yang indah .
Angin sepoi-sepoi bahasa . 
Lalu , ada seorang budak perempuan .
Berpakaian serba biru . 
Dari atas ke bawah . Dia ialah aku .
Kecuali beg belakangnya yang berwarna kuning .
Beserta kasutnya yang berwarna coklet muda .
Dia masuk kedalam sebuah kelas yang luar biasa baginya .
Kelas itu dinamakan , kelas Ar-Rahim .
Dengan selamber dia mengambil tempat duduk dibahagian penjuru .
Lalu , seorang guru memberikannya sekeping kertas Bahasa Melayu .
Dia mengambil kertas itu lalu menjawabnya .
Hendak diceritakan , pada masa itu dia adalah pelajar baru di kelas tersebut .
Dia memakai pakaian bebas kerana itu adalah kelas tuisyen .
Tangannya mengigil saat dia berusaha untuk menulis karangan yang diberikan oleh gurunya sebentar tadi .
Dia berasa gundah-gulana dan tidak senang duduk .
Diambilnya botol airnya yang juga berwarna biru . Lalu dia meneguk air yang berada didalamnya perlahan-lahan .
Dia menarik nafas perlahan-lahan dan menghembusnya dengan perlahan juga .
Dia berusaha untuk tidak menghiraukan kebisingan luar biasa yang berlaku dikelas tersebut .
Dia mengigatkan dirinya bahawa dia datang ke kelas itu bukan untuk berbuat bising mahupun berbual kosong . Itu kata-kata yang dipegangnya .
Dia sedar akan dirinya yang bukan sepandai mana . Dia berusaha untuk belajar dan terus belajar untuk membuktikan kepada orang disekelilingnya bahawa dia juga sepandai mereka . Itu tekadnya .
Bila lonceng rehat berbunyi , dia pun keluar daripada kelasnya dan berusaha untuk mencari rakannya yang turut mengambil kelas tuisyen ditempat itu . Didalam hatinya ada terdetik apa yang akan terjadi pada dirinya jika rakanya itu tidak hadir pada hari pertanma dia berada disitu . Tidak lama kemudian , dia berjaya menemui rakanya itu . Rasa syukur tidak dapat diluahkanya . 
Dalam perjalananya turun , dia terlihat seorang pelajar lelaki yang agak tampan dimatanya . Namun , dia tidak berasa "suka" akan lelaki itu. Dia cuma mengakui ketampanan lelaki itu . Setelah itu , dia bersama dengan rakannya berjumpa dengan seorang lagi rakan . Mereka menuju ke sebuah kedai roti yang berdekatan . Aku kagum melihat banyak pelajar yang menunggu giliran untuk membayar roti yang dipilih . 


Aku berusaha untuk senyum pada orang yang berada disekitarku . Namun demikian , terdapat segelintir orang yang memandangku dengan muka yang agak aneh . Setelah itu , aku masuk kedalam kelas dan berbuat seperti biasa . Aku merupakan seorang manusia yang tidak mempunyai sikap yang agak peramah . 


Pada keesokan harinya , aku lewat ke kelas tuisyen kerana ingin menghadirkan diri ke Malaysia Beautiful Day . Aku ingin mengumpul markah kokurikulum yang membolehkan aku masuk kedalam asrama . Aku mewakili Pandu Puteri untuk acara itu . Kami berkumpul beramai-ramai di Padang Bandaran yang mengumpulkan ramai orang . 


Disitu juga terdapat para perserta dari seluruh pelosok sekolah . Keadaan pada masa itu sangat panas . Kami berkumpul di pagi hari dan duduk dibawah bahang cahaya matahari . Tepat pukul 9:30 pagi , aku tiba di pusat tuisyen . Aku masuk kedalam kelas dalam keadaan malu . Oh malu . 


The story will be continue ... 

-FuFu- 'Hanasu Phantomhive'

thanks 4 reading , sayang kamuu *